Please update your Flash Player to view content.
 QUBER - get it free
Anda di : Laman Utama

Berita Vonad

9 JUN - 15 JULAI 2012 : KURSUS ASAS ASUHAN KANAK-KANAK (KAAK) DI USIM, NILAI, NEGERI SEMBILAN

9 JUN-15 JULAI 2012 : KURSUS ASAS ASUHAN KANAK-KANAK (KAAK) DI UNIVERSITI ISLAM NILAI, NEGERI SEMBILAN DK

Kursus ini dijalankan pada hujung minggu (Sabtu & Ahad) selama 6 minggu, sesuai untuk anda yang berkerja pada hari Isnin hingga Jumaat. Kursus ini diWAJIBkan kepada semua pengusaha, penyelia dan pengasuh taman asuhan kanak-kanak (TASKA) di bawah Akta Taska 1984 (Pindaan 2007).

Hadir di kursus ini memberikan ilmu tentang pelbagai aspek penjagaan dan asuhan kanak-kanak yg berumor 4 tahun ke bawah. Contohnya, ada modul tentang penyusuan ibu yg diberikan oleh Pegawai Kesihatan. Modul ini amat berguna kepada pengasuh-pengasuh atau taska yg banyak mengambil kanak-kanak bayi, sekiranya tiada ilmu ini kemungkinan besar akan berlaku kematian disebabkan tersedak susu. Banyak ibu bapa yg suka menghantar anak-anak khususnya bayi ke taska rumah, tidak menyedari banyak pengasuh taska rumah tidak mengikuti KAAK atau hadir kursus penyusuan ibu. Berita terakhir kita dengar, ada berlaku beberapa kematian disebabkan tersedak susu di taska rumah dan di taska institusi. Puncanya kerana hendak menjimatkan duit, pengusaha enggan menghantar pengasuh hadir kursus KAAK.

Kita sebagai pengusaha taska, jangan sekali-kali mengambil risiko tidak mahu menghantar pengasuh hadir kursus yang disediakan oleh agensi KAAK. Apalah hendak dikira sangat tentang yuran kursus sebanyak RM480 berbanding dengan risiko yg perlu ditanggung nanti kalau berlaku kematian kerana tersedak susu. Taska kita mungkin kena sitar atau tutup dan ibu bapa mungkin mengambil tindakan mahkamah ke atas kita yg mengusahakan taska berkenaan.

Kepada semua pengusaha, penyelia dan pengasuh taska, anda dijemput hadir kursus KAAK yg diadakan di USIM, Nilai Negeri Sembilan bermula pada 9 Jun dan tamat pada 15 Julai 2012. Vonad menganjurkan kursus ini di Nilai kerana mengharapkan sambutan dan respon yang positif daripada semua pengusaha taska di daerah Nilai, Sepang, Hulu Langat dan daripada Taska di USIM sendiri akan menghantar pengasuh-pengasuh hadir.

Yuran kursus ialah RM480.00 seorang peserta, dibayar awal sebanyak RM200.00 sebagai deposit sebelum akhir bulan Mei 2012 dan baki yuran dibayar pada hari pertama hadir kursus.

Sila hubungi Urusetia Kursus di talian 03-87374275 atau 012-2902658 atau 012-3220326 atau 0123795832 (Hjh Musalmah Muhamad).

Sil buka lamanweb yang berkaitan iaitu http://ww.vonad.com.my/

http://asuhanwithummi.blogspot.com/

atau http://facebook.com/taskatadikavonad/ 

   

 

20 MEI 2012 : KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN

20 MEI 2012 : KURSUS PEMAKANAN DI PUSAT LATIHAN VONAD HENTIAN KAJANG

Pusat Latihan Vonad bersama Trust Foods menganjurkan kursus khas pengendalian makanan di Pusat Latihan Vonad. Kursus ini WAJIB dihadiri oleh semua orang yg mengendalikan makanan supaya bersih, teratur dan tidak menyebabkan berlaku keracunan makanan kpd pelanggan. Hotel, restoren, gerai, taska tadika pusat jagaan dan premis yg mengeluarkan bahan makanan perlu mempunyai pekerja yg terlatih dan pernah hadir kursus ini. Pihak berkuasa tempatan mewajibkan semua orang yg memohon lesen premis yg tersebut memiliki sijil pengendalian makanan.

Kepada semua yg berminat hadir, sila hubungi urusetia kursus ini di Pusat latihan Vonad di No 5A, Jalan Hentian 3 sebelah pejabat KWSP dan Klinik Karisma di Perhentain Bas Kajang. Sila telefon no 03-87374275 atau 012-2902658 atau 012-3220326.

 Yuran kursus hanya RM50.00 seorang dan sijil dikeluarkan pada hari yg sama sebaik-baik sahaja tamat kursus ini. Kursus hanya selama jam sahaja dan biasanya bermula jam 9.00 pagi dan tamat pada jama 12.00 tengahari.

   

PUSAT LATIHAN KURSUS TASKA AGENSI VONAD DI HENTIAN KAJANG

PUSAT LATIHAN KURSUS TASKA AGENSI VONAD DI HENTIAN KAJANG OFF JALAN REKO

Masuk tahun ke 3, Pengurusan Vonad kini bersedia untuk menyediakan pelbagai kemudahan setempat (One Stop Centre) bagi kemudahan pelanggan Vonad khususnya pengusaha-pengusaha projek taska yang perlu bagi melesenkan syarikat taska masing-masing di bawah Akta Taska 1984 yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM).

Kemudahan-kemudahan yang disediakan ialah (1) 3 buah bilik kuliah di tingkat 1 dan 3 bangunan pejabat Vonad terletak bersebelahan Pejabat KWSP cawangan Jalan Reko Kajang (2) Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) setiap bulan (3) Kursus Pengendalian Makanan 2 kali sebulan (4) Kursus Bisnes Tadika Taska sebulan sekali(5) Kursus untuk peminat bisnes website (6) Bilik penginapan bagi peserta out-station, dan (7) Bekalan perabot berkualiti & berjenama untuk taska dan tadika.

Sayugia diingat, Pusat Latihan Vonad ini terletak di Kompleks Hentian Bas di jalan Reko dan ianya tidak jauh daripada Stesen Komuter UKM.  

Setakat ini Vonad telah menjalankan sebanyak 44 buah Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK), melibatkan seramai lebih 1,400 peserta daripada seluruh negara. Bukan setakat Sijil Penyertaan disiapkan dan diserahlan pada hari tamat kursus, peserta juga diberikan nasihat dan bimbingan yang berguna bagi perlesenan projek taska dan tadika masing-masing.

Kepada pengusaha, penyelia dan pengasuh serta mereka yang berminat menimba ilmu pengasuhan kanak-kanak yang betul dan menyeluruh demi kebaikan kanak-kanak di taska dan di rumah, Pengurusan Vonad mengalu-alukan panggilan atau hubungan anda melalui talian dan sesawang atau website yg berikut :

Pejabat Vonad : 03-87374275

Telefon Bimbit : 012-3220326 atau 012-2902658

Website : http://www.vonad.com.my/ atau                                                    blogspot /http://asuhanwithummi.blogspot.com

atau http://kursustadikataska.com/

atau http://www.facebook.com/taskatadikavonad/  

 

PELUANG MEMILIKI BISNES SENDIRI

MODAL SAHAJA TIDAK MENJAMIN KEJAYAAN DALAM sesuatu BISNES

Kita mungkin sudah ada modal wang ringgit yang banyak untuk membuka satu bisnes pilihan, apa bisnes sahaja, tetapi modal bukan segala-segalanya yang boleh menjamin kejayaan kita dalam bisnes. Banyak lagi faktor atau ramuan yang menentukan kejayaan kita dalam bisnes khususnya bisnes asuhan kanak-kanak dan tadika atau kindergarten atau pun pusat jagaan khas.

Yang utama ialah kita harus mempunyai niat yang ikhlas dan azam serta tumpuan usaha gigih bagi menjayakan apa sahaja usaha yang kita buat atau majukan. Bukan spt panas tahi ayam. Sekejap sudah jemu, penat dan rasa bosan dan banyak lagi helah yg diberikan. Tidak ada yg mudah, tetapi kalau hendak berjaya kita harus  mempunyai rancangan dan matlamat yang betul dan berpatutan bagi satu-satu tempuh masa kita hendak melabur dalam apa juga projek.

Dalam projek taska atau tadika atau pusat jagaan, ini satu bidang yg mencabar kerana waktu kerja panjang mula jam 6.30 pagi hingga 6.00 ptg kalau tak ada OT, kalau ada OT sampai 8 atau 9 malam. Hari ini ibu dan ayah dalam sesabuah keluarga terpaksa keluar mencari nafkah disebabkan kerjaya dan kelulusan yg tinggi, menjaga anak-anak sahaja kpd kebanyakan ibu membuang masa sahaja. Jadi, anak-anak perlu dihantar ke pusat atau taman asuhan kanak-kanak, tadika dan pusat jagaan.

Sebagai pengusaha, tidak cukup dengan hanya ada modal sahaja, ilmu asuhan kanak-kanak perlu dicari dan diketahui sebanyak mungkin dengan hadir dalam kursus-kursus atau bekerja dulu di taska atau tadika milik orang untuk beberapa tahun mencari pengalaman. Lebih baik lagi kalau kita telah menjadi penyelia taska atau guru kanan di tadika. Mengetahui dengan mendalam suasana di taska atau tadika dapat memberikan info yg amat berguna tentang bagaimana cara memulakan dan menguruskan taska atau tadika sendiri.

Short cut untuk bakal pengusaha yg ingin membuka dan memiliki bisnes taska atau tadika sendiri ialah dengan hadir dalam bengkel anjuran Vonad setiap bulan di Hentian Bas Kajang di Jalan Reko. Bengkel ini memberikan info yg lengkap tentang bagaimana hendak memulakan bisnes tadika atau taska dengan betul walaupun modal agak kecil. Tidak perlu membeli projek bisnes taska atau tadika orang. Mungkin mahal harganya dan pastinya banyak perkara-perkara yang tersembunyi yang tidak diberitahu kepada bakal pembeli.

Ingatlah hakikat kerjaya hari ini, ibu bapa yg pertengahan umor masing-masing mempunyai 3-5 orang anak. Trend hari ini, sebaik-baik sahaja bayi lahir, ibu bapanya sudah menempah tempat asuhan di mana-mana sahaja taska pilihan. Yang utama kita harus mempunyai taska atau tadika pilihan ibu bapa. Taska menjadi pilihan kerana berkualiti, pengasuh mendapat latihan secukupnya dan peramah. Tadika pula guru-gurunya terlatih. Sesungguhnya, bisnes taska dan tadika dengan mudah boleh memberikan kita peluang keemasan bagi memiliki satu bisnes sendiri yang boleh kita usahakan sekeluarga dan bersama-sama saudara mara kita sekampung.

Sila hubungi Urusetia Kursus Tadika Taska di Pusat Latihan Vonad untuk menempah tempat yang terhad di talian 03-87374275 atau 012-2902658 atau 012-3220326. Di akhir kursus akan pastinya mengetahui banyak perkara yg amat berguna untuk memulakan bisnes taska atau tadika. 

Sila klik website vonad : http://www.vonad.com.my

atau website kedua http://asuhanwithummi.blogspot.com

atau facebook http://facebook.com/taskatadikavonad/

   

Waktu

Ulti Clocks content

Senarai Kursus Terkini

21 Mei- 8 Jun 2012 : Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (Sepenuh Masa) di Vonad Hentian Kajang, Selangor
Begin: 21-05-2012, 08:00
End: 08-06-2012, 17:00
Closing date: 20-05-2012, 12:00
Free spaces: 40

26 Mei-1 Julai 2012 : Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak DI Hentian Kajang, Selangor
Begin: 26-05-2012, 08:00
End: 01-07-2012, 17:00
Closing date: 26-05-2012, 12:00
Free spaces: 40

26-27 MEI 2012 : KURSUS UNTUK MEMBUKA BISNES TADIKA TASKA PUSAT JAGAAN
Begin: 26-05-2012, 09:30
End: 27-05-2012, 13:00
Closing date: 25-05-2012, 12:00
Free spaces: 30

9 Jun-15 Julai 2012 : Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak di Universiti Islam Nilai, Negeri Sembilan
Begin: 09-06-2012, 08:00
End: 15-07-2012, 17:00
Closing date: 07-06-2012, 12:00
Free spaces: 40


more ...