Please update your Flash Player to view content.
 QUBER - get it free
Anda di : Laman Utama | TADIKA VONAD DI PRESINT 15-12A PUTRAJAYA

TADIKA VONAD DI PRESINT 15-12A PUTRAJAYA

E-mail Cetak PDF

PENDAFTARAN MASUK KE TADIKA VONAD DIBUKA SEKARANG UNTUK SESI PRASEKOLAH BERMULA 2 JANUARI 2013

Tadika Vonad telah mendapat Sijil Pendaftaran No. UAA 4011 bertarikh 14 Disember 2010 daripada Ketua Pendaftar Sekolah & Guru Kementerian Pelajaran Malaysia.

Lokasi Tadika Vonad ialah di Blok B-LG2 Presint 15-12A Putrajaya. Ianya bersebelahan dengan Taska Vonad di Bangunan Blok B Kuarters Penjawat Awam Kerajaan overlooking popular MYDIN Superstore Presint 15, Putrajaya.

Tadika Vonad di Presint 15-12A Putrajaya sangat-sangat mengalu-alukan anak-anak kesayangan anda bagi mengisi tempat yang sangat terhad. Tadika akan menggunakan kurikulum prasekolah (Linus) Kementerian Pelajaran Malaysia, buku-buku bacaan Peter & Jane (Key Words) Siri A & B setiap satunya ada 12 buku untuk Bahasa Inggeris dan Program khas cepat membaca E-Xtra untuk Bahasa Malaysia. Buku-buku Aktiviti pula antara lainnya Buku Sunshines, Siri Linus dan Program Bacalah Anak Ku. Kelas Iqra' juga disediakan. InsyaAllah diharap anak-anak anda boleh mula membaca dalam masa 3 bulan. Disamping itu kita sama-sama berdoa ke hadrat Allah supaya anak-anak anda boleh berkembang secara menyeluruh, gembira belajar, menimba ilmu yang berguna sepanjang hayat. Di akhir Sesi bersama Tadika Vonad, kita akan dapat melihat anak-anak anda mempunyai ilmu pengetahuan berbahasa dan berkommunikasi, berkemahiran berfikir, berakhlak mulia dan beretika dan yakin serta berdisplin, sentiasa sihat cergas dan kreatif, imaginatif serta ekspresif.

Mulai 2011, Sesi Tadika Vonad bertambah 1 jam dari 3 kepada 4 jam, mulai 8.00 pagi dan tamat 12.00 tengahari. Selepas itu, anak-anak anda boleh terus berada di Tadika (transit) sehingga jam 6.00 petang. Anak-anak transit mendapat makanan & minum, bantuan bimbingan menyiapkan kerja rumah dan berehat serta mengikuti kelas Iqra' yang disediakan.

Bagi meningkatkan kualiti pembelajaran prasekolah sambil bermain, Tadika Vonad telah mula mengambil guru-guru berijazah dan berpengalaman dalam pelbagai bidang pendidikan dan asuhan.

Yuran bulanan Tadika Vonad ialah RM180.00, ianya setimpal dengan kualiti didikan dan kemudahan yang disediakan.

Supaya tidak ketinggalan kerana tempat terhad, Ibu Bapa yang mempunyai anak berumur 4-6 tahun bolehlah mendaftarkan anak-anak anda ke Tadika Vonad Putrajaya dengan menghubungi: Pengusaha Tadika (Hjh Salimah HP:012-2902658) atau Hj Omar 012-3220326 atau Ibu Pejabat : 03-87374275 atau Guru Besar Tadika, Cikgu Puan Roslinda Omar HP:019-6070840 atau Pejabat Tadika : Tel 03-88881393.

 

Waktu

Ulti Clocks content