Please update your Flash Player to view content.
 QUBER - get it free
Anda di : Laman Utama | PORTAL KAAK JKM : https://eZi2Care.jkm.gov.my

PORTAL KAAK JKM : https://eZi2Care.jkm.gov.my

E-mail Cetak PDF

Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) kini menyediakan satu PORTAL ON-LINE iaitu <https://ezi2care.jkm.gov.my> untuk memudahkan : (1). Bakal-bakal peserta Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) mendaftarkan diri secara on-line untuk mendapat peluang berkursus. (2). Portal ini memudahkan 18 agensi termasuk Vonad (Malaysia) Sdn Bhd, yang menyediakan kursus latihan KAAK membantu setiap bakal peserta kursus menyertai KAAK. Peranan agensi ialah menguruskan kursus tersebut khususnya mendapatkan kelulusan Jadual Kursus dan kelulusan Tarikh Ujian Bertulis daripada JKMM, dan (3) Portal ini membantu JKMM memantau perjalanan setiap kursus dan mempercepatkan pengeluaran Sijil KAAK kepada pelatih.

Portal ini mulai dikuatkuasakan pada 17 Januari 2011. Setiap agensi penganjur KAAK dikehendaki membuat tempahan Jadual Kursus 3 minggu lebih awal bagi mendapatkan kelulusan Ibu Pejabat JKMM.

Bagi memasuki Portal kursus KAAK anda diminta menggunakan alamat :

Bakal peserta kursus KAAK juga diminta menghubungi Urusetia KAAK di Pejabat Vonad untuk membuat pengesahan penyertaan dengan membuat bayaran Yuran Kursus yang ditetapkan oleh agensi Penganjur.

Sila hubungi Urusetia KAAK Vonad melalui talian :03-87374275 atau 012-2902658 atau 012-3220326. Website Vonad ialah : http://www.vonad.com.my

Pengurusan Vonad.

 

Waktu

Ulti Clocks content