Please update your Flash Player to view content.
 QUBER - get it free
Anda di : Laman Utama | MENGAPA TASKA WAJIB BERDAFTAR DENGAN JKM?

MENGAPA TASKA WAJIB BERDAFTAR DENGAN JKM?

E-mail Cetak PDF

MENGAPA TASKA WAJIB BERDAFTAR DAN BERLESEN ?

Menjaga dan mengasuh kanak-kanak berumur 2 bulan hingga 4 tahun kini menjadi satu kerjaya sepenuhmasa kepada pengusaha dan pengasuh taska. Kerja di pejabat terhad kepada 8 jam sehari dan maksima 48 jam seminggu. Di taska kerja pengasuh bermula se awal 6.30 pagi kanak-kanak apabila kanak-kanak mula diterima masuk di taska dan kanak-kanak ini berada di taska sehingga jam 6.00 petang melebehi 11 jam, ada kanak-kanak yang diambil balik pada jam 8.00 malam kerana ibu bapa bertugas jauh.

Ringkasnya, anak-anak Puan berada dalam jagaan taska di antara 22 hingga 24 hari dalam sebulan iaitu kira-kira 72 % umur kanak-kanak dihabiskan dalam taska. Persekitaran dan amalan asuhan banyak mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Amalan asuhan yang digunapakai oleh pengasuh menentukan keadaan emosi, tumbesar dan sifat peribadi kanak-kanak dalam jagaan. Pengasuh yang pernah mengikuti kursus asas asuhan kanak-kanak (KAAK) akan lebih mudah mengendalikan kanak-kanak. Pengasuh yang terlatih masih kekurangan kerana banyak taska dibangunkan.

Di Negara ini, bilangan taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) masih kecil berbanding dengan taska yang sedang beroperasi. Akta Taska 1984 mengenakan syarat supaya setiap taska berdaftar, kegagalan berbuat demikian boleh disabitkan kesalahan yang mengenakan denda RM10,000.00 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Di antara syarat utama yang dikenakan kepada pengusaha taska untuk mendapat lesen dengan PBT ialah mempunyai sijil kursus asas asuhan kanak-kanak. Kursus asuhan kanak-kanak kini dianjurkan oleh 30 agensi termasuk Vonad (Malaysia) Sdn Bhd di Jalan REKO Kajang. Kursus ini juga penting kepada ibu dan bakal ibu kerana ilmu asuhan memberikan kita cara terbaik menjaga dan mendidik anak yang berumur 0 hingga 4 tahun.

Pengusaha, pengasuh, penyelia taska dan ibu harus mengambil kesempatan untuk hadir kursus tersebut. Walaupun yuran kursus sudah meningkat daripada RM480 kepada RM600, peserta kursus hanya perlu membayar RM300 (50%) sahaja. Bakinya ditanggung oleh Kerajaan. Insentif ini mungkin one-off sahaja, tahun hadapan mungkin tidak ada. Jangan lepaskan peluang keemasan ini.

 

Waktu

Ulti Clocks content

Senarai Kursus Terkini

21 Mei- 8 Jun 2012 : Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (Sepenuh Masa) di Vonad Hentian Kajang, Selangor
Begin: 21-05-2012, 08:00
End: 08-06-2012, 17:00
Closing date: 20-05-2012, 12:00
Free spaces: 40

26 Mei-1 Julai 2012 : Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak DI Hentian Kajang, Selangor
Begin: 26-05-2012, 08:00
End: 01-07-2012, 17:00
Closing date: 26-05-2012, 12:00
Free spaces: 40

26-27 MEI 2012 : KURSUS UNTUK MEMBUKA BISNES TADIKA TASKA PUSAT JAGAAN
Begin: 26-05-2012, 09:30
End: 27-05-2012, 13:00
Closing date: 25-05-2012, 12:00
Free spaces: 30

9 Jun-15 Julai 2012 : Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak di Universiti Islam Nilai, Negeri Sembilan
Begin: 09-06-2012, 08:00
End: 15-07-2012, 17:00
Closing date: 07-06-2012, 12:00
Free spaces: 40


more ...