Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) terdekat akan diadakan bermula pada 29 Oktober dan tamat pada 17 Disember 2011 di Pusat Latihan Vonad di Hentian Kajang Off Jalan Reko, Kajang. Kursus ini diwajibkan kpd semua pengusaha, penyelia dan pengasuh Taska.
Yuran kursus kini ialah RM600 seorang, tetapi peserta hanya perlu membayar hanya RM300 sahaja.
Kandungan kursus padat dengan semua aspek modul perkembangan menyeluruh kanak-kanak khususnya dari aspek fizikal, bahasa, kognitif dan sosio-emosi. Juga aspek-aspek lain termasuk nyanyian, hubungan dengan ibu bapa, peranan pengasuh, persekitaran luar dan dalam taska, bahan-bahan kos rendah, aspek kreativiti dan pergerakan kreatif.
Agensi-agensi teknikal turut sama memberikan ceramah dan tunjuk ajar untuk memudahkan pengusaha memohon kelulusan lesen dan pendaftaran projek taska daripada pihak Kerajaan.
Bagi memudahkan anda menyertai kursus ini sila hubungi:
1. Pejabat Vonad di talian 03-87374275 atau website vonad iaitu
2. Hubungi Pengurusan Vonad di talian 012-3220326 atau 012-2902658
3. Gunakan email staf Vonad iaitu Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya atau Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Sayugia diingatkan, peserta yg berjaya mengikuti kursus ini hingga tamat pada 17 Disember, 2011 berpeluang menduduki Ujian Bertulis KAAK pada 20 Disember 2011. Ujian ini diseliakan oleh pegawai JKM yang ditugaskan ke Pusat Peperiksaan berkenaan.
Berita Terkini
Sehingga pada tarikh 17 Oktober 2011, pendaftaran masuk menyertai KAAK ke 35 yg akan bermula pada 29 Oktober 2011 ini telah melihat seramai 40 orang peserta telah mengesahkan penyertaan masing-masing. Ini bermakna, kelas bagi KAAK Bil ke 35 telah penuh.
Bagi bakal-bakal peserta yang ingin mengikuti kursus KAAK tetapi telah penuh, Urusetia Kursus KAAK di agensi Vonad bersedia membuka kelas KAAK Bil. Ke 36 yang akan bermula pada tarikh yang sama. Kelas ini akan dimulakan sekiranya terdapat minima 28 orang peserta yang dapat mengesahkan tempahan sehari sebelum kursus bermula. Bakal peserta yang berminat diminta membuat bayaran wang tempahan sebanyak RM100.00 seorang dan dimasukkan ke dalam akaun Vonad (Malaysia) Sdn Bhd di CIMB Bank No. 14230002926052 atau No satu lagi : 12370001363106. Sila simpan bank-in slip untuk ditunjukkan kepada Pendaftar Kursus pada pagi 29 Oktober 2011 di Pejabat Vonad di No 5A, Tingkat 2, Jalan Hentian 3, Hentian Kajang Off Jalan REKO, Kajang.
Sila telefon 03-87374275 atau email Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya atau buat tempahan on-line dengan klik lamanweb http://www.vonad.com.my


