Please update your Flash Player to view content.
 QUBER - get it free
Anda di : Laman Utama | 7- 8 APRIL 2012 : KURSUS TADIKA TASKA

7- 8 APRIL 2012 : KURSUS TADIKA TASKA

E-mail Cetak PDF

7 & 8 APRIL 2012 : KURSUS BUKA BISNES TADIKA TASKA

Penganjur VONAD menawarkan satu peluang keemasan untuk anda mendapat ilmu dan kaedah berkesan menceburi satu bidang bisnes yang paling cepat berkembang di kawasan perbandaran dan ianya memang menguntungkan.

Kepada bakal pengusaha, anda berpeluang membuka bisnes tadika dan taska atau membuka kedua-duanya sekali. Anda juga berpeluang membuka pusat jagaan. Peserta berpeluang bertemu dengan pengusaha-pengusaha berpengalaman dalam bidang asuhan dan hands-on serta telah berjaya membuka projek-projek tadika dan taska di Putrajaya, Bangi dan Kajang.

Hari ini, kita mendapat berita ada yang buruk, memberitahu kita ada pengusaha yang mengambil "jalan dekat/pintas" telah membeli projek taska atau tadika dan kemudiannya mendapati bahawa projek-projek berkenaan sebenarnya merugikan dan mempunyai banyak masalah pengurusan.

Ada juga pengusaha yang tidak mempunyai sebarang idea atau cara membuka atau memulakan bisnes, tetapi ada modal dan ingin membuka taska dan tadika. Dalam hati masing-masing terdapat niat dan rancangan bisnes hendak membuka projek asuhan kanak-kanak tetapi tidak tahu cara bagaimana?

Kalau kita buat tinjauan tentang jumlah penduduk bandar-bandar besar di negara ini, kita akan tahu bahawa sebahagian besar ibu dan bapa sesabuah keluarga pastinya bekerja sepenuh masa samada dengan sektor swasta atau Kerajaan. Ada juga famili yang membawa masuk pekerja asing daripada Indonesia, Kemboja atau Thailand untuk dijadikan sebagai pengasuh anak-anak. tetapi sebahagian besarnya memilih untuk menghantar anak-anak ke taman asuhan kanak-kanak atau taska dan tadika atau pusat jagaan. Dengan itu, banyak taska, tadika dan pusat jagaan yang berkembang pesat dan menjadi tarikan kepada pengusaha-pengusaha baru dan lama.

Vonad sendiri telah membuka beberapa buah projek taska dan tadika di Putrajaya, Bandar Baru Bangi dan Pekan Kajang. Pengurusan Vonad mendapati projek-projek ini sememangnya menguntungkan melihat kepada bilangan ramai kanak-kanak yg berdaftar dengan taska dan tadika vonad dan jumlah pungutan yuran bulanan. Syarat penting ialah pengusaha, penyelia dan pengasuh-pengasuh kanak-kanak serta guru-guru dalam projek-projek taska dan tadika kita hendaklah diberikan latihan dalam ilmu pengasuhan dan pengajaran awal atau prasekolah kanak-kanak.

Vonad sendiri mempunyai Pusat Latihan Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak, oleh itu mudah sahaja bagi syarikat Vonad mempunyai pekerja-pekerja yang terlatih untuk bekerja di taska dan tadika. Di Tadika Vonad, oleh kerana ianya telah mendapat lesen daripada Jabatan Pelajaran, kesemua guru-guru di Tadika Vonad telah mendapat latihan untuk mengajar kanak-kanak mengikut kurikulum yg ditetapkan oleh Jabatan Pelajaran Malaysia.

Sila hubungi Urusetia Kursus di Pejabat VONAD gunakan talian 03-87374275 atau HP 012-3220326 atau 012-2902658.

Yuran kursus bisnes tadika taska ialah RM320.00 seorang. Setiap peserta diberikan satu CD berisi kertas-kertas kerja dan dokumen yang dapat membangtu anda menyiapkan pelan bisnes anda dan menyiapkan kertas kerja bagi tujuan pendaftaran dan perlesenan projek-projek tadika dan taska anda.

Sila buka lamanweb kursus ini iaitu <http://kursustadikataska.com> untuk membuat tempahan on-line bagi menyertai kursus ini. Terima kasih. Selamat berkursus.

 

Waktu

Ulti Clocks content