Please update your Flash Player to view content.
 QUBER - get it free
Anda di : Laman Utama | TASKA VONAD

TASKA VONAD

E-mail Cetak PDF

Taska Vonad Sdn Bhd (anak syarikat Vonad 100%). Sudah beroperasi di B-LG2, Parcel 15, Presint 15-12A, Putrajaya mulai 1 April, 2010, Taska ini melengkapkan Pakej Latihan Vonad bagi kursus asas asuhan kanak kanak (KAAK). Pengusaha, penyelia, pengasuh Taska dan Pusat Jagaan serta bakal ibu dan bapa boleh hubungi Vonad di talian 03-87374275 atau 012-2902658.

Taska Vonad Putrajaya menggunakan pendekatan "perkembangan menyeluruh" iaitu pembangunan kognitif, bahasa, sosio-emosi dan fizikal.

Taska Vonad Putrajaya, dibangunkan dengan pelbagai kemudahan & kelebihan iaitu:

  1. Taska yg berdaftar dengan JKMM
  2. Mempunyai pengasuh-pengasuh yang qualified, terlatih, telah lulus kursus asas asuhan kanak-kanak yang diwajibkan oleh JKM kepada semua Taska & Pusat Jagaan
  3. Menyediakan standard asuhan berkualiti...menggalak perkembangan fizikal, kognitif, sosio-emosi dan bahasa kanak-kanak
  4. Menjalankan aktiviti Taska yg sesuai dengan umur anak-anak
  5. Menyediakan makanan yg seimbang
  6. Mempunyai permainan yg sesuai & peralatan Taska yg mencukupi
  7. Mempunyai ciri-ciri keceriaan, kebersihan dan keselamatan
  8. Kadar yuran yg berpatutan dengan kualiti dan kemudahan asuhan yang disediakan
  9. Lokasi Taska yg mudah didatangi IbuBapa di Parcel 15, Presint 15-12A, Putrajaya.

Taska adalah 'rumah kedua' anak anak anda. Ibu Bapa yang sayangkan anak anak biasanya akan membuat pemilihan yang bijak.  Maksudnya ibu bapa akan memilih taska yang terbaik khususnya dari aspek kualiti jagaan dan kemudahan serta peralatan serta permainan yang disediakan di taska. Matlamatnya, supaya anak anak mengalami perkembangan menyeluruh (wholistic development).

Jangan jadikan bayaran yuran taska terendah sebagai asas memilih taska kerana akibatnya kepada masa depan anak anak adalah buruk dan buktinya dapat dilihat nanti apabila mereka membesar sebagai orang dewasa. Perlu diingat ada pengusaha taska yang senghaja mengurangkan bayaran yuran kerana takut tidak mendapat anak anak, faktor lain ialah bagi mengurangkan kos operasi termasuk latihan kepada pengasuh pengasuh, kos makanan dan kos senggaraan.

Puncanya ialah kerana pengusaha sedemikian biasanya tidak mempunyai kelayakan dan kelulusan bagi menguruskan taska. Mereka tidak mengikuti kursus asas asuhan kanak kanak atau kalau ada pun pengasuh, pengasuh pengasuh ini dibiarkan tanpa mempunyai apa apa latihan ilmu jagaan kanak kanak, juga bagi mengurangkan bayaran upah jagaan.

Ingatlah kira kira 80 % perkembangan anak anak berlaku sewaktu mereka berumur 5 tahun ke bawah.

Di Wilayah Persekutuan PUTRAJAYA, anda boleh semak dengan JKM, sejumlah kecil sahaja taska yang berlesen atau berdaftar dengan JKM.

Syarikat Induk, Vonad (Malaysia) Sdn Bhd.

Terletak di 5A, Jalan Hentian 3, Hentian Kajang Off Jalan REKO, 43000 Kajang.Pusat latihan Vonad mempunyai pelbagai kemudahan latihan, antaranya :

(a) Dua (2) bilik kuliah berhawa dingin, muat untuk 45 orang pada satu satu masa.

(b) Menyediakan Modul Latihan Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak yg diiktiraf oleh JKMM (accredited)

(c) Mempunyai seramai 18 orang jurulatih - penceramah berpengalaman. Sebahagian mereka adalah juga jurulatih - pencemarah beberapa agensi yang mendapat akreditasi JKMM seperti PPBM, diantaranya ialah Puan Saramah Onny, Rozella Razali Wong, Ms Lee Poh Wan dan Mdm Chang Yoke Choo. Kini Puan Hjh Aishah Hashim adalah juga penceramah Vonad, beliau pernah menjadi Treasurer PPBM. Puan Suryati Jaafar, Nor Aesah Hamzah, Hasnah Embi, Teh Leng kesemuanya adalah juga penceramah PTNS.

(d) Pengalaman Vonad : sejak April 2009 sehingga Mei 2010, Vonad sudah menjalankan sebanyak 18 Kursus Asas Asuhan Kanak Kanak melibatkan seramai kira-kira 600 peserta.

(e) Kesemua Pengarah Vonad ( 2 orang) juga mempunyai kelulusan kursus asuhan kanak kanak.

(f)  Pengarah Urusan Vonad (Hjh Salimah binti Abd Hamid) seorang pesara JKM (pengalaman 39 tahun) mempunyai Ijazah Muda Pentadbiran Pembangunan Sosial (USM), beliau telah lulus TOT dan TOC sebagai tenaga pengajar untuk kursus asas asuhan kanak kanak (KAAK). Berkat doa dan usaha gigih beliau, kini kesemua 7 orang anak menempa pelbagai kecemerlangan akademik dan kerjaya dimana, 5 daripadanya sudah bekerja selepas menerima ijazah muda dan masters (1 perubatan, 2 kejuruteraan, 1 undang undang dan 1 dalam pemasaran)  dan 2 orang lagi masih bersekolah : seorang akan masuk UNITEN awal Julai 2010 ini dan seorang lagi, anak bongsu berada di Tingkatan 3 Sekolah Tun Fatimah, Johor Bharu.

Pengalaman pengalaman beliau mendidik anak anak sehingga menjadi anak anak yang cemerlang dalam akademik dan kokorikulum adalah kerana kesedaran dan keinsafan bahawa kemahiran parenting ibu bapa di rumah dan guru guru di sekolah amat penting dalam menentukan perkembangan menyeluruh sahsiah dan keterampilan seseorang pelajar.

Pengusaha Taska perlu lebih berhati-hati semasa memilih Pusat Latihan untuk mendapat latihan dan memilih TASKA untuk mendapatkan tempat bagi asuhan awal anak-anak anda. Kalau tersalah pilih, anak-anak menjadi mangsa. Perlu diinghat, Taska & Pusat Jagaan bukanlah untuk anak-anak diberi makan minum dan tidur sahaja.

Sila hubungi Pengurusan Vonad di talian : 03-87374275 (Norseha) atau 012-2902658 (Hjh Salimah) atau HP: 013-2465048 (Husna-Pegawai Taska).

 

Waktu

Ulti Clocks content