Panduan Mendaftar Kursus secara Online
- Klik pada menu ‘Daftar Kursus secara Online’. Klik pada ikon Register seperti di gambar. Ini akan membawa anda ke Registration.

- Isikan semua maklumat yang diperlukan. Sila pastikan yang username serta email anda unik dan belum pernah didaftarkan di dalam sistem kami. Kemudian klik pada 'Daftar'.

- Anda akan mendapat maklum-balas dari sistem yang butir-butir pendaftaran telah dihantarkan ke email anda bersama-sama dengan link pengaktifan pendaftaran.

- Login ke mana-mana penyedia perkhidmatan email anda (dalam kes ini, saya menggunakan Google Mail).

- Klik pada email dari ‘Maklumat Vonad’. Sila ambil maklum kepada username serta email yang tersenarai. Klik pada link yang tersenarai.

- Anda akan mendapat maklum-balas pengaktifan pendaftaran. Sekarang anda boleh mendaftar dengan kursus-kursus kami.
- Masukkan username serta password, klik pada ikon kunci untuk log-in.

- Sistem akan memaparkan nama anda sebagai bukti yang anda telah pun log-in pada sistem kami. Sekarang, anda boleh mendaftar kursus kami dengan mengklik pada tajuk kursus.

- Masukkan butir-butir penting terutama yang bertanda *. Baca syarat dan terma, klik pada kotak setuju dan klik pada butang ‘Book’.

- Anda akan mendapat maklum-balas yang tempahan anda telah pun berjaya. Sila kembali ke sini untuk melihat status pembayaran Deposit, Pembayaran penuh kursus, Pembatalan dan lain-lain.

- Status untuk tempahan anda boleh disemak dari ‘My Bookings’
-
Bayaran Deposit belum dilakukan - (Harga berwarna merah)

-
Bayaran Deposit telah diterima oleh Vonad (M) – (Harga berwarna Hijau)

-
Bayaran Penuh telah diterima oleh Vonad (M) – (Harga berwarna Hijau dan keluar ikon resit)



