20-23 Disember 2012 : KURSUS TOT REFRESHER SECARA PERCUMA
KURSUS REFRESHER TOT (PERCUMA) KHAS UNTUK JURULATIH / PENYELARAS KAAK - DI SUMAI APARTMENT KUALA TERENGGANU 20-23 DIS. 2012
Tujuan utama kursus refresher TOT KAAK ialah memberi peluang keemasan kepada jurulatih / penyelaras untuk meningkatkan keterampilan dan kecekapan dalam bidang Perkembangan Asuhan & Didikan Awal Kanak-Kanak.
JKM telah meluluskan hanya 7 buah agensi latihan KAAK termasuk VONAD (Malaysia) Sdn Bhd, untuk menjalankan kursus Refresher TOT.
Berasaskan kuota maksima 30 peserta bagi setiap agensi latihan (PPBM mendapat 60 peserta), ini bermakna hanya 240 sahaja jurulatih / penyelaras KAAK yang mendapat peluang menyertai kursus Refresher TOT ini daripada semua agensi latihan KAAK seluruh negara termasuk dari Sabah dan Sarawak.
Pada ketika ini, terdapat kira-kira 400 jurulatih/penyelaras yang telah lulus TOT KAAK tersenarai di Bahagian Perundangan & Advokasi JKM. Sebahagian besarnya berdaftar sebagai jurulatih / penyelaras kursus KAAK di 41 agensi latihan KAAK.
Seramai 240 orang jurulatih / penyelaras kini dikehendaki berdaftar dengan 7 buah agensi latihan KAAK (termasuk agensi VONAD) untuk menjalani kursus Refresher TOT pada tahun ini.
Sehubungan dengan itu, Pengurusan VONAD dengan ini menjemput / menawarkan sebanyak 30 tempat kursus Refresher TOT kepada jurulatih/penyelaras KAAK daripada agensi-agensi latihan KAAK (termasuk 7 orang daripada VONAD).
Kursus Refresher TOT anjuran Vonad akan dijalankan seperti berikut :
Tarikh : 20 - 23 (Khamis-Ahad) Disember 2012. Yuran pendaftaran RM100.00 seorang. Yuran kursus dikecualikan. Tempat : Sumai Apartment, Kuala Terengganu. Jadual Kursus : Akan dimaklumkan kemudian.
Kandungan kursus : Etika Jurulatih profesional, teori-teori perkembangan & didikan awal kanak-kanak, Akta & Peraturan Taska, Lesson Plan, Perbincangan Kumpulan dan Pembentangan Lesson Plan, Kertas Aktiviti, Perbincangan Kumpulan dan pembentangan, Refleksi serta peranan pemudahcara Ujian Amali.
Syarat dan terma asas penyertaan : berkeadaan sihat tubuh badan, bayar sendiri kos pengangkutan pergi balik dan tidak membuat lain-lain tuntutan bayaran.
Jurulatih / penceramah bagi Kursus Refresher TOT terdiri daripada mereka yang mempunyai pengetahuan mendalam tentang pelbagai teori perkembangan dan pendidikan awal kanak-kanak, seorang pegawai kanan JKM yang terlibat secara aktif dalam latihan awal kanak-kanak dan seorang lagi jurulatih yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman tentang aplikasi teori dan Akta serta Peraturan Taska.
Tarikh tutup tawaran menyertai Kursus Refresher TOT di bawah anjuran VONAD ialah pada 12 Disember 2012.
Sekiranya anda berminta, sila hubungi Urusetia Kursus di agensi Vonad : Tel 03-87374275 atau 012-2902658 atau 012-3220326. Alamat : Vonad (Malaysia) Sdn. BHd. NO 5A-C, Jalan Hentian 3, Hentian Kajang Off Jln Reko, 43000 Kajang, Selangor Email :
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
atau
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
atau
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
atau http://facebook.com/taskatadikavonad/
Setiap bakal peserta boleh juga emailkan atau faxkan butiran bio-data masing-masing kepada Urusetia Kursus Refresher di agensi Vonad berpandukan garis-panduan berikut :
(a) Nama Penuh Peserta (ikut Kad Pengenalan) (b) Salinan K/P (c) Alamat rumah (d) Alamat tempat kerja (e)Salinan sijil TOT dan KAAK (f) Salinan sijil kelulusan pelajaran (akademik tertinggi) (g) Nama agensi latihan KAAK di mana anda berdaftar (h) Alamat email peserta (i) No HP dan (j) No Tel Pejabat.
Atau dapatkan Borang Penyertaan Kursus Refresher TOT daripada Urusetia Kursus di Pejabat Vonad dan segera kembalikan borang berkenaan setelah diisi lengkap emailkan ke alamat berikut :
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
.
Keputusan pengambilan seramai maksima 30 peserta yang layak berasaskan permohonan yang telah diterima oleh agensi Vonad, akan dimaklumkan segera kepada setiap bakal peserta. Segala keputusan pengambilan peserta adalah muktamad.