Please update your Flash Player to view content.
 QUBER - get it free
Anda di : Laman Utama | Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak

Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak

Sebab mengapa KAAK penting

Kenapa Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) penting kepada pengusaha, penyelia dan pengasuh di TASKA?
  1. Kursus ini memberikan ilmu pengetahuan kepada pengasuh dan bakal pengasuh serta penyelia TASKA dan ibu bapa mengenai perkara-perkara utama dalam pengasuhan kanak-kanak supaya kanak-kanak mengalami perkembangan menyeluruh.
  2. Kursus ini memberikan bimbingan dan panduan lengkap kepada setiap pengusaha untuk menguruskan TASKA dengan cekap dan menguntungkan.
  3. Kursus ini membantu setiap pengusaha, pengurus, penyelia dan pengasuh di TASKA mematuhi kehendak Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984.
  4. Setiap TASKA diwajibkan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM). Kegagalan sesabuah TASKA untuk berdaftar boleh menyebabkan pengusahanya disabitkan dengan satu kesalahan di bawah Akta tersebut yang mengenakan denda RM10,000.00 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
 

Kandungan Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak

  1. Pengenalan kpd pengasuhan kanak-kanak di TASKA
  2. Perkembangan yg menyeluruh kanak-kanak 4 tahun dan ke bawah
  3. Perkembangan fizikal
  4. Jenis-jenis aktiviti yg menyumbang kpd perkembangan fizikal
  5. Perkembangan sosio-emosi
  6. Jenis-jenis aktiviti yg menyumbang kpd perkembangan sosio-emosi
  7. Perkembangan bahasa
  8. Jenis-jenis aktiviti yg menyumbang kpd perkembangan bahasa
  9. Perkembangan kognitif
  10. Jenis-jenis aktiviti yg menyumbang kpd perkembangan kognitif
  11. Kesihatan, memahami keperluan makanan seimbang & berkhasiat
  12. Jenis-jenis aktiviti yg berkait dgn pemakanan kanak-kanak
  13. Persekitaran untuk kegiatan dalam dan luar TASKA
  14. Menyediakan peralatan luar dan dalam TASKA
  15. Pergerakan kreatif
  16. Menjaga kebersihan bayi & kanak-kanak dan kebersihan TASKA
  17. Kegiatan kreatif kanak-kanak
  18. Merancang dan menyediakan jadual akitiviti harian TASKA
  19. Amalan asuhan yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak
  20. Pentingnya peranan ibu bapa di TASKA
  21. Cerita dan nyanyian bagi kanak-kanak
  22. Perhubungan dan interaksi
  23. Menyediakan barang permainan kanak-kanak dari bahan kos rendah
  24. Tugas-tugas pengasuh dan kakitangan lain di TASKA
  25. Akta TASKA 1984 (seperti dipinda)
  26. Proses Pendaftaran TASKA dan penalti kalau tidak berdaftar
  27. Perlindungan kanak-kanak
  28. Mengetahui jenis-jenis rekod di TASKA, cara menyelenggara dan meyimpannya
  29. Ceramah drp wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pergigian, Jabatan Bomba & Keselamatan serta Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan.
 

Bagaimana Anda boleh menyertai Kursus

  1. Sila isikan Borang Penyertaan Kursus yang disediakan dan kembalikannya ke pejabat penganjur sebelum Kursus bermula atau mendaftar secara Online melalui pautan ini.
  2. Sila buat bayaran yuran kursus sebanyak RM480.00 seorang.
  3. Anda boleh bayar deposit RM200.00 semasa membuat tempahan, dan bakinya dibayar semasa kursus bermula.
  4. Sila bayar secara tunai, atau bayar on-line kepada Vonad (Malaysia) Sdn Bhd guna akaun No. 1423-0002926-052 CIMB Bank, atau cek atas nama penganjur.
  5. Tarikh Tutup permohonan ialah 3 hari sebelum Kursus bermula.
  6. Untuk mendapatkan pengesahan mengenai permohonan anda menyertai Kursus ini, anda hendaklah menghubungi talian pihak Urusetia Kursus di pejabat Vonad.
  7. Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak hanya akan diadakan sekiranya bilangan bakal peserta mencukupi paras minima 20 orang dan setiap peserta telah membuat pengsahan serta bayaran deposit yang berkenaan.
  8. Sekiranya bilangan bakal peserta kurang daripada paras minima 20 orang, kursus berkenaan akan ditangguhkan ke suatu tarikh yang sesuai dan bakal peserta yang telah berdaftar akan dimaklumkan segera mengenainya.

 

Sebab mengapa KAAK penting

Kenapa Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) penting kepada pengusaha, penyelia dan pengasuh di TASKA?

Kursus ini memberikan ilmu pengetahuan kepada pengasuh dan bakal pengasuh serta penyelia TASKA dan ibu bapa mengenai perkara-perkara utama dalam pengasuhan kanak-kanak supaya kanak-kanak mengalami perkembangan menyeluruh.

  • Kursus ini memberikan bimbingan dan panduan lengkap kepada setiap pengusaha untuk menguruskan TASKA dengan cekap dan menguntungkan.
  • Kursus ini membantu setiap pengusaha, pengurus, penyelia dan pengasuh di TASKA mematuhi kehendak Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984.
  • Setiap TASKA diwajibkan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM). Kegagalan sesabuah TASKA untuk berdaftar boleh menyebabkan pengusahanya disabitkan dengan satu kesalahan di bawah Akta tersebut yang mengenakan denda RM10,000.00 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
  • Ibu bapa hari ini mengutamakan keselamatan dan keselesaan serta keceriaan anak-anak mereka, jadi implikasinya taska yang berlesen dan mempunyai sistem pengurusan yg baik serta pengasuh terlatih lebih cepat penuh dan mendapat sambutan yang amat baik daripada Ibu Bapa.
  • Anggaplah yuran RM300 yg anda keluarkan untuk melatih pengasuh mengikuti KAAK sebagai satu pelaburan jangka panjang yg penting dan amat baik kepada masyarakat anda.
  • Membuka projek taska pusat jagaan atau tadika bukan semata-mata untuk mendapatkan keuntungan komersial, ianya satu sumbangan sosial yang kritikal kepada masyarakat. INGATLAH Tanpa servis penjagaan kanak-kanak ramai ibu dan bapa tidak dapat keluar kerja sepenuhmasa.
 

Waktu

Ulti Clocks content

Senarai Kursus Terkini