Please update your Flash Player to view content.
 QUBER - get it free
Anda di : Laman Utama | Laman Utama

TASKA VONAD PANGSAPURI KAJANG IMPIANA

TASKA VONAD PANGSAPURI KAJANG IMPIANA

DIBUKA MULAI 1 JULAI 2010

SILA HUBUNGI PENGURUSAN TASKA DI TALIAN :

PEJABAT : 03-87374275, Hjh Salimah (012-2902658)

Ibu Bapa yg bijak akan sentiasa mengutamakan perkembangan menyeluruh bagi anak-anaknya. Mereka tidak akan melepaskan peluang menempatkan anak-anak di taska vonad, sebuah taman asuhan kanak-kanak milik Vonad (Malaysia) Sdn Bhd sebuah agensi pakar dalam asuhan awal kanak-kanak yang diiktiraf oleh JKM bagi melatih dan mengeluarkan pengasuh dan pengusaha taska & pusat jagaan.

 

TASKA VONAD PANGSAPURI KAJANG IMPIANA, BANDAR BARU BANGI

Taska (Ke 2) Vonad - Di Pangsapuri Kajang Impiana Bandar Baru Bangi

IbuBapa hendaklah target & pilih taska yg berkualiti khususnya asuhan, didikan, dan makanan seimbang serta perkembangan menyeluruh anak-anak.

Jangan lupa, HAKIKAT BISNES & KOS, bahawa taska yg menawarkan yuran TERLALU "rendah" pastinya MENGURANGKAN kos operasi  dgn cara ambil ramai kanak-kanak, bayar upah pengasuh rendah, tak bayar kwsp, tak perlu kebersihan, beri makanan tak bermutu, dsb.nya.

Akibatnya taska menjadi tempat yg sesak, anak-anak tak ceria, tiada bahan2 mainan.

Vonad ialah sebuah agensi yg diiktiraf oleh JKMM ditugaskan untuk melatih pengusaha & pengasuh Taska supaya taska berkualiti & berlesen dengan JKMM. Vonad akan sentiasa berusaha memastikan taskanya berkualiti.

Bagi IbuBapa yg sayangkan anak-anak pastinya memilih taska berkualiti. Taska Vonad di Kajang Impiana, boleh dihubungi di Pejabat Vonad Tel : 03-87374275 atau 012-2902658 (Hjh Salimah -pengusaha Taska)

 

TASKA VONAD PUTRAJAYA

TASKA VONAD PUTRAJAYA

DI ALAMAT : BLOK B-LG2, Presint 15-12A

KUALITI CEMERLANG

AMALAN  TASKA :  PERKEMBANGAN MENYELURUH (WHOLISTIC DEVELOPMENT)

  • ASUHAN BERKUALITI BAGI PERKEMBANGAN

fizikal,kognitif,bahasa,sosio-emosi,kerohanian & moral,estetika dan kreativiti

kanak-kanak

  • Pengasuh-pengasuh terlatih (kursus asas asuhan kanak-kanak)
  • Menjalankan Aktiviti Taska yang sesuai untuk anak-anak
  • Menyediakan makanan yg seimbang
  • Mempunyai permainan dan peralatan mencukupi
  • Mempunyai ciri-ciri keceriaan, kebersihan dan keselamatan

____________________________________________________________________

Taska Vonad ialah 100% anak syarikat VONAD (MALAYSIA) SDN BHD (316602-X)  yang menjalankan KAAK bagi pengusaha/pengasuh Taska Berminat sila hubungi Hjh Salimah (HP: 012-2902658) (JKMM Accredited Child Care Training Provider). Taska Putrajaya menjadi satu tempat bagi amalan praktikal melatih pengasuh-pengasuh Taska Vonad.

INGATLAH HAKIKAT BISNES BAHAWA TASKA YG YURANNYA TERLALU RENDAH PASTINMYA AKAN MENGAMBIL RAMAI ANAK-ANAK MENYEBABKAN RUANG DALAM TASKA SESAK BAGI KURANGKAN KOS OPERASI TASKA, GAJI PENGASUH RENDAH, TIADA KWSP DAN KUALITI JAGAAN MEROSOT. KESAN NEGATIF KPD PERKEMBANGAN MENYELURUH ANAK-ANAK. KESAN KPD ANAK-ANAK HANYA AKAN DAPAT DIKESAN BERTAHUN TAHUN KEMUDIAN. Ingatlah bahawa 80% perkembangan kanak-kanak berlaku semasa berumur 5 tahun ke bawah.

Di Putrajaya terdapat lebih 70 buah taska & pusat jagaan, dan hanya 8 buah sahaja taska termasuk taska Vonad yg berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Tempat agak terhad, hanya ada sejumlah kecil tempat yg masih kosong di Taska ini.

Untuk Pendaftaran Anak-anak Kesayangan anda, Sila hubungi Pengusaha Taska, Hjh Salimah di HP: 012-2902658, atau Penyelia Taska (Cik Rozaimah)  di Pejabat Taska: 03-88880298 atau HP 012-3220326 (Hj Omar) atau layari sesawang Vonad : http://www.vonad.com.my

 

TASKA VONAD

Taska Vonad Sdn Bhd (anak syarikat Vonad 100%). Sudah beroperasi di B-LG2, Parcel 15, Presint 15-12A, Putrajaya mulai 1 April, 2010, Taska ini melengkapkan Pakej Latihan Vonad bagi kursus asas asuhan kanak kanak (KAAK). Pengusaha, penyelia, pengasuh Taska dan Pusat Jagaan serta bakal ibu dan bapa boleh hubungi Vonad di talian 03-87374275 atau 012-2902658.

Taska Vonad Putrajaya menggunakan pendekatan "perkembangan menyeluruh" iaitu pembangunan kognitif, bahasa, sosio-emosi dan fizikal.

Taska Vonad Putrajaya, dibangunkan dengan pelbagai kemudahan & kelebihan iaitu:

  1. Taska yg berdaftar dengan JKMM
  2. Mempunyai pengasuh-pengasuh yang qualified, terlatih, telah lulus kursus asas asuhan kanak-kanak yang diwajibkan oleh JKM kepada semua Taska & Pusat Jagaan
  3. Menyediakan standard asuhan berkualiti...menggalak perkembangan fizikal, kognitif, sosio-emosi dan bahasa kanak-kanak
  4. Menjalankan aktiviti Taska yg sesuai dengan umur anak-anak
  5. Menyediakan makanan yg seimbang
  6. Mempunyai permainan yg sesuai & peralatan Taska yg mencukupi
  7. Mempunyai ciri-ciri keceriaan, kebersihan dan keselamatan
  8. Kadar yuran yg berpatutan dengan kualiti dan kemudahan asuhan yang disediakan
  9. Lokasi Taska yg mudah didatangi IbuBapa di Parcel 15, Presint 15-12A, Putrajaya.

Taska adalah 'rumah kedua' anak anak anda. Ibu Bapa yang sayangkan anak anak biasanya akan membuat pemilihan yang bijak.  Maksudnya ibu bapa akan memilih taska yang terbaik khususnya dari aspek kualiti jagaan dan kemudahan serta peralatan serta permainan yang disediakan di taska. Matlamatnya, supaya anak anak mengalami perkembangan menyeluruh (wholistic development).

Jangan jadikan bayaran yuran taska terendah sebagai asas memilih taska kerana akibatnya kepada masa depan anak anak adalah buruk dan buktinya dapat dilihat nanti apabila mereka membesar sebagai orang dewasa. Perlu diingat ada pengusaha taska yang senghaja mengurangkan bayaran yuran kerana takut tidak mendapat anak anak, faktor lain ialah bagi mengurangkan kos operasi termasuk latihan kepada pengasuh pengasuh, kos makanan dan kos senggaraan.

Puncanya ialah kerana pengusaha sedemikian biasanya tidak mempunyai kelayakan dan kelulusan bagi menguruskan taska. Mereka tidak mengikuti kursus asas asuhan kanak kanak atau kalau ada pun pengasuh, pengasuh pengasuh ini dibiarkan tanpa mempunyai apa apa latihan ilmu jagaan kanak kanak, juga bagi mengurangkan bayaran upah jagaan.

Ingatlah kira kira 80 % perkembangan anak anak berlaku sewaktu mereka berumur 5 tahun ke bawah.

Di Wilayah Persekutuan PUTRAJAYA, anda boleh semak dengan JKM, sejumlah kecil sahaja taska yang berlesen atau berdaftar dengan JKM.

Syarikat Induk, Vonad (Malaysia) Sdn Bhd.

Terletak di 5A, Jalan Hentian 3, Hentian Kajang Off Jalan REKO, 43000 Kajang.Pusat latihan Vonad mempunyai pelbagai kemudahan latihan, antaranya :

(a) Dua (2) bilik kuliah berhawa dingin, muat untuk 45 orang pada satu satu masa.

(b) Menyediakan Modul Latihan Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak yg diiktiraf oleh JKMM (accredited)

(c) Mempunyai seramai 18 orang jurulatih - penceramah berpengalaman. Sebahagian mereka adalah juga jurulatih - pencemarah beberapa agensi yang mendapat akreditasi JKMM seperti PPBM, diantaranya ialah Puan Saramah Onny, Rozella Razali Wong, Ms Lee Poh Wan dan Mdm Chang Yoke Choo. Kini Puan Hjh Aishah Hashim adalah juga penceramah Vonad, beliau pernah menjadi Treasurer PPBM. Puan Suryati Jaafar, Nor Aesah Hamzah, Hasnah Embi, Teh Leng kesemuanya adalah juga penceramah PTNS.

(d) Pengalaman Vonad : sejak April 2009 sehingga Mei 2010, Vonad sudah menjalankan sebanyak 18 Kursus Asas Asuhan Kanak Kanak melibatkan seramai kira-kira 600 peserta.

(e) Kesemua Pengarah Vonad ( 2 orang) juga mempunyai kelulusan kursus asuhan kanak kanak.

(f)  Pengarah Urusan Vonad (Hjh Salimah binti Abd Hamid) seorang pesara JKM (pengalaman 39 tahun) mempunyai Ijazah Muda Pentadbiran Pembangunan Sosial (USM), beliau telah lulus TOT dan TOC sebagai tenaga pengajar untuk kursus asas asuhan kanak kanak (KAAK). Berkat doa dan usaha gigih beliau, kini kesemua 7 orang anak menempa pelbagai kecemerlangan akademik dan kerjaya dimana, 5 daripadanya sudah bekerja selepas menerima ijazah muda dan masters (1 perubatan, 2 kejuruteraan, 1 undang undang dan 1 dalam pemasaran)  dan 2 orang lagi masih bersekolah : seorang akan masuk UNITEN awal Julai 2010 ini dan seorang lagi, anak bongsu berada di Tingkatan 3 Sekolah Tun Fatimah, Johor Bharu.

Pengalaman pengalaman beliau mendidik anak anak sehingga menjadi anak anak yang cemerlang dalam akademik dan kokorikulum adalah kerana kesedaran dan keinsafan bahawa kemahiran parenting ibu bapa di rumah dan guru guru di sekolah amat penting dalam menentukan perkembangan menyeluruh sahsiah dan keterampilan seseorang pelajar.

Pengusaha Taska perlu lebih berhati-hati semasa memilih Pusat Latihan untuk mendapat latihan dan memilih TASKA untuk mendapatkan tempat bagi asuhan awal anak-anak anda. Kalau tersalah pilih, anak-anak menjadi mangsa. Perlu diinghat, Taska & Pusat Jagaan bukanlah untuk anak-anak diberi makan minum dan tidur sahaja.

Sila hubungi Pengurusan Vonad di talian : 03-87374275 (Norseha) atau 012-2902658 (Hjh Salimah) atau HP: 013-2465048 (Husna-Pegawai Taska).

 

KURSUS KAAK DAN BENGKEL ASUHAN KANAK KANAK

Bila kita buka PC, pelbagai jenis email dan lamanweb diterima atau wujud. Ada lamanweb yang berlindung atas nama yayasan kebajikan bagi menarik pelanggan. Yang penting dan utama ialah kita tanya diri kita dahulu tentang apa ilmu yang hendak kita dapat daripada bengkel atau lamanweb berkenaan.

Kalau niat asal dan rancangan bisnes utama kita ialah membuka TASKA atau PUSAT JAGAAN, kenalah kita cari lamanweb yang betul di mana pengusaha bengkel atau kursus berkenaan telah mempunyai kelulusan atau akreditasi daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kalau tidak berhati hatilah!.

Kalau tidak berhati-hati kita mudah terpedaya dengan pelbagai janji dan insentif termasuk pinjaman mudah, lesen taska katanya, dsbnya.

Lamanweb banyak disalahgunakan oleh pihak-pihak yang mementingkan wang semata-mata.

Kalau anda hendak menyertai kursus dan bengkel, teliti perkara perkara berikut:

1. Latarbelakang syarikat: bilangan jurulatih-penceramah dan pengalaman mereka

2. Pengalaman menganjurkan kursus atau bengkel asuhan kanak kanak

3. Akreditasi atau kelulusan JKM bahawa penganjur adalah salah sebuah daripada 17 buah agensi yang diluluskan.

4. Kalaupun penganjur bengkel dan kursus mempunyai taska dan pusat jagaan, pastikan kesemua taska dan pusat jagaannya telah berdaftar dengan JKM

Bagi memudahkan taska atau pusat jagaan anda mempunyai pengasuh pengasuh yang terlatih, anda boleh hubungi pejabat Vonad di No 5A, Jalan Hentian 3, Kompleks Hentian Kajang Off Jalan REKO untuk mendapatkan khidmat nasihat secara percuma. Telefon Urusetia Kursus dan bengkel ialah : 03-87374275 atau 012-3220326 atau 012-2902658.

 

TASKA & Pusat Jagaan Belum Berdaftar

Samada kita sedar atau tidak, Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) & Pusat Jagaan adalah 'rumah kedua' anak-anak kita. Kasihan sungguh mereka, terpaksa diletakkan di taska atau pusat jagaan. Semata mata kerana ibu bapa mereka perlu keluar mencari rezeki dan tidak mampu menggaji pembantu rumah asing yang kini melibatkan kos tinggi (RM7,000 untuk mendapatkan seorang pembantu Indon).

Bagi IbuBapa yang kurang pengetahuan atau pendedahan tentang betapa pentingnya asuhan awal kanak kanak,  mereka terpaksa menghantar anak anak ke taska yang rendah yurannya biasanya ada pengasuh pengasuh tidak mempunyai latihan khusus. Kalau mereka ditanya jawapan yang diberikan ialah mereka tidak mampu, gaji dan elaun rendah, katanya taska di mana mana sama sahaja, dan pelbagai jawapan lagi. Kasihan sungguh anak anak mereka.

Sebagai ibu bapa yang perihatin dan bertanggungjawab, kita perlu memilih dan menghantar anak-anak ke TASKA & Pusat Jagaan yang berdaftar dengan JKMM.

JKMM telah memberi akreditasi kepada syarikat Vonad bagi menjalankan kursus asas asuhan kanak-kanak. TASKA & Pusat Jagaan yang berdaftar berupaya memberikan asuhan berkualiti kepada kanak-kanak.

Baca Lagi...
 

Muka 2 daripada 2

  • «
  •  Mula 
  •  Sblm 
  •  1 
  •  2 
  •  Seterusnya 
  •  Tamat 
  • »

Who's Online

Kami ada 4 tetamu online

Waktu

Ulti Clocks content

Pandangan Anda

Apa pandangan anda tentang Laman Web kami?