 |
1 |
Puan Hjh Salimah binti Abd Hamid (Pengarah Urusan) : Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (SDA) USM, lulus Sijil KAAK, Sijil Jurulatih Asuhan Kanak-Kanak serta Sijil Penyelaras KAAK dan telah mengikuiti Kursus Coach SLDN Khas. Beliau adalah seorang Penasihat Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dalam hal ehwal kanak-kanak. Beliau juga dilantik sebagai Ahli Lembaga Pelawat Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah Jln Ceras, Kuala Lumpur. Pengalaman bekerja selama lebih 38 tahun di Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dalam pelbagai kapasiti di beberapa negeri di Malaysia termasuk menjaga Institusi Kanak-Kanak banyak membantu menjayakan projek-projek yang dilaksanakan oleh syarikat Vonad.
|
 |
2 |
Ijazah Sarja Muda Undang-Undang Universiti Northumbria in Newcastle, United Kingdom, Sijil Amalan Guaman (CLP) and Ijazah Sarjana Undang-Undang, Universiti Malaya. Sekarang beliau bertugas sepenuhmasa sebagai seorang peguamcara & perguambela kanan di Firma Guaman Ghazi & Lim di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. Beliau telah juga mengikuti Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak. |
 |
3 |
Hj Omar bin Yusof (Ketua Eksekutif) : Pegawai Tadbir & Diplomatik (Bersara), Ijazah Sarjana Muda Sosial Sains (Econ)(Hons), mempunyai pengalaman berkerja di beberapa Kementerian termasuk Jabatan Perdana Menteri (ICU), Kementerian Tanah & Wilayah (PERDA) serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) termasuk sebagai Pengarah Seksyen IKS. Selepas bersara awal, beliau berkerja sebagai Pengarah Urusan Leap Venture (M) Sdn Bhd , sebuah syarikat elektronik. Beliau aktif dalam beberapa pertubuhan NGO di Kuala Lumpur termasuk sebagai mantan setiausaha Koperasi Masjid Zon 1 Kuala Lumpur Berhad dan Pengerusi Surau dan kini sebagai Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Melayu Kepong, Kuala Lumpur. Beliau kini menjadi CEO Vonad memberikan nasihat koperat dan membantu dalam pengurusan syarikat Vonad. |