Syarikat Vonad (Malaysia) Sdn. Bhd. (316602-X) ditubuhkan pada 19 September 1994 dengan modal dibenarkan sebanyak RM100,000.00 dan modal berbayar sebanyak RM91,662.00.

Syarikat ini pada awalnya ditubuhkan di atas nama Omar Yusuf Holdings Sdn Bhd dengan tujuan untuk menjadi sebuah syarikat pelaburan keluarga. Hasrat ini tidak kesampaian apabila penajanya terlibat sepenuh masa sejak tahun 1994 dengan sebuah syarikat usahasama iaitu Leap Venture (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat pengilang pemasangan produk elektronik audio video untuk syarikat-syarikat multinational. Dengan itu, Vonad (Malaysia) Sdn. Bhd. menjadi sebuah syarikat yang bertaraf tidak aktif (dormant).
Usaha untuk mengerakkan Vonad (Malaysia) Sdn. Bhd. bermula pada awal tahun 2009, apabila penyusunan semula dilakukan ke atas struktur pegangan saham ekuiti dan lembaga pengarah syarikat. Matlamat utama syarikat ialah untuk menjadi sebuah organisasi penyedia latihan profesional dalam bidang asuhan awal kanak-kanak.
Vonad (Malaysia) Sdn. Bhd. kini mendapat kelulusan pengiktirafan (accreditation) daripada 3 Jabatan Kerajaan :
- Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Rujukan : JKMM 800/02/1/1 Jld.14)
- Perbendaharaan Malaysia di bawah Tajuk Pembekal Tenaga Pengajar (220502 : TENAGA PENGAJAR) (No Rujukan : 357-02133121)
- Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia (Rujukan : Kod Pusat IB0099)
untuk menjalankan Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak untuk pengusaha, kakitangan dan pengasuh TASKA (Taman Asuhan Kanak-Kanak).
Kini, Vonad (Malaysia) Sdn. Bhd. sudah mempunyai satu barisan seramai 13 orang tenaga pengajar/jurulatih dalam bidang asuhan kanak-kanak khususnya untuk TASKA. Mereka adalah individu profesional yang telah lama, ada yang melebehi 20 tahun, terlibat dalam asuhan kanak-kanak samada sebagai pengusaha TASKA, penceramah/jurulatih atau sebagai pengasuh di TASKA. Hjh Salimah sendiri adalah pesara pegawai kanak JKMM setelah berkhidmat selama 38 tahun dlm pelbagai kapasiti termasuk menyelia Rumah Kanak-Kanak JKMM dan masih menjadi penasihat mahkamah mejistret Kuala Lumpur dalam hal ehwal kanak-kanak.
Setiap TASKA adalah tertakluk di bawah Akta TASKA tahun 1984 dan diwajibkan mempunyai kelulusan lesen daripada JKMM. Untuk mendapatkan lesen, setiap buah TASKA hendaklah mempunyai pengasuh yang terlatih dalam bidang asas asuhan kanak-kanak, bangunan TASKA pula diluluskan oleh 3 Pihak Berkuasa Kerajaan iaitu Jabatan Bomba & Penyelamat, Jabatan Kesihatan dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Ketika ini terdapat banyak TASKA yang beroperasi secara haram atau tidak mempunyai lesen di bawah Akta TASKA 1984. Untuk membantu JKMM melaksanakan Akta Taska 1984, VONAD menyediakan input latihan kepada pengusaha, pengurus dan kakitangan serta pengasuh supaya TASKA yang sedang beroperasi dan yang baru hendak ditubuhkan.
Sehingga Akhir Oktober 2011, agensi Vonad sudah menganjurkan sebanyak 34 Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak melibatkan lebih 1,000 orang peserta di kalangan pengusaha, bakal pengusaha dan pengasuh di TASKA daripada seluruh negara termasuk Sarawak, Pulau Pinang dan Terengganu.


