
Accredited Early Child Care Training Provider
VONAD (MALAYSIA) SDN. BHD.
(316602-X)
Kementerian Kewangan Malaysia
(Registration No : 357-02133121 Certificate Serial No: 305296)
Alamat Pejabat:
VONAD (MALAYSIA) SDN. BHD (316602-X)
No 5A, Jalan Hentian 3 (Belakang KWSP)
Hentian Bas Kajang, Off Jalan Reko, 43000 Kajang, Selangor
MALAYSIA
- Tel : +603-87374275
- Fax : +603-87373904
- HP : 012-2902658/012-3220326
-
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
-
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Website : http://www.vonad.com.my/
PENGENALAN
Syarikat VONAD (MALAYSIA) SDN. BHD. (316602-X) ditubuhkan pada 19 September 1994 dengan modal dibenarkan RM500,000.00 dan modal berbayar kini berjumlah RM153,662.00.
VONAD (MALAYSIA) SDN. BHD. (316602-X) kini berdaftar sebagai kontrektor dengan Kementerian Kewangan Malaysia (Registration No : 357-02133121 Certificate Serial No: 305296) dan ianya sebuah syarikat 100% Bumiputera.
Syarikat VONAD pada awalnya ditubuhkan atas nama Omar Yusuf Holdings Sdn Bhd dengan tujuan untuk menjadi sebuah syarikat pelaburan keluarga. Hasrat ini tidak kesampaian apabila penajanya terlibat sepenuh masa sejak tahun 1994 dengan sebuah syarikat usahasama iaitu Leap Venture (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat pengilang pemasangan produk elektronik audio video untuk syarikat-syarikat multinational. Dengan itu, VONAD menjadi sebuah syarikat yang bertaraf tidak aktif (dormant) sehingga awal tahun 2009.
Pada awal tahun 2009, penyusunan semula dilakukan ke atas struktur pegangan saham ekuiti dan lembaga pengarah syarikat kepada yang ada sekarang. Matlamat utama syarikat ialah untuk menjadi sebuah organisasi penyedia latihan profesional dalam bidang asuhan awal kanak-kanak.
VONAD kini mendapat kelulusan pengiktirafan (accreditation) Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Ruj.JKMM 800/02/1/1 Jld.20) untuk menjalankan latihan Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak untuk pengusaha, kakitangan dan pengasuh TASKA (Taman Asuhan Kanak-Kanak). Di peringkat awal, VONAD sudah mempunyai satu barisan seramai 11 orang tenaga pengajar/jurulatih dalam bidang asuhan kanak-kanak khususnya untuk TASKA. Mereka terdiri daripada individu profesional yang telah lama terlibat, melebehi 20 tahun, dalam bidang asuhan kanak-kanak samada sebagai pengusaha TASKA, penceramah/jurulatih atau sebagai pengasuh di TASKA. Nama-nama tenaga pengajar berkenaan tersenarai di muka surat seterusnya.
Sayugia dimaklumkan, TASKA adalah tertakluk di bawah Akta TASKA tahun 1984. Setiap TASKA diwajibkan mempunyai kelulusan lesen daripada JKMM. Untuk mendapatkan lesen, setiap buah TASKA hendaklah mempunyai pengasuh yang terlatih dalam bidang asas asuhan kanak-kanak, bangunan TASKA pula diluluskan oleh 3 buah Pihak Berkuasa Kerajaan iaitu Jabatan BOMBA & Penyelamat, Jabatan Kesihatan dan Pihak Berkuasa Tempatan.
VONAD menganjurkan Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) sepanjang masa untuk dimanfaatkan oleh pengusaha dan pengasuh TASKA yang masih belum berlesen atau yang di peringkat penubuhan.
BIDANG KEPAKARAN VONAD
VONAD mempunyai keupayaan kepakaran khidmat nasihat dalam bidang-bidang yang berikut:-
- Penubuhan TASKA/Pusat Jagaan berlesen dan sesuai untuk kanak-kanak
- Latihan untuk Pengusaha, Pegawai & Kakitangan serta pengasuh TASKA
- Pendedahan kepada ibu bapa mengenai proses perkembangan menyeluruh kanak-kanak
- Pemilihan peralatan & bahan mainan yang sesuai untuk TASKA
- Khidmat nasihat tentang suasana di dalam dan di luar TASKA
- Penjagaan kesihatan bayi dan kanak-kanak
- Khidmat nasihat tentang pengurusan TASKA supaya ianya menjadi tempat yang selamat kepada kanak-kanak.
- Bantuan dokumen berkanun/bersumpah untuk pengusaha TASKA
- Latihan coach untuk TASKA
- Membantu mendapatkan pengasuh untuk TASKA
- Mengadakan bengkel jangka pendek termasuk pertolongan cemas, dll.
MAKLUMAT KOPERAT
| Nama Syarikat : | Vonad (Malaysia) Sdn. Bhd. |
| No Pendaftaran : | Roc No. 316602-X |
| Tarikh Pendaftaran : | 19 September 1994 (Omar Yusuf Holdings Sdn Bhd) |
| Tukar Nama Vonad : | 26 April 2006 |
| Status Syarikat : | Sendirian Berhad |
| Alamat Pejabat Operasi : | No 5A, Jalan Hentian 3, Hentian Kajang, 43000 Kajang, Selangor |
| Nama Bank : | CIMB Bank Berhad (Akaun No: 1423-0002926-05-2) |
| Ahli Lembaga Pengarah : |
|
| Modal Dibenarkan : | RM500,000.00 |
| Modal Berbayar : | RM153,662.00 |
| No Akaun Bank : | CIMB 1423-0002926-052 dan 1237-0001363-106 |
| No Daftar: | 357-02133121(305296) - Kontraktor berdaftar dgn Perbendaharaan Malaysia |
1. Puan Hjh Salimah binti Abd Hamid - Bachelor of Social Science (SDA) Sijil KAAK, Jurulatih Asuhan Kanak-Kanak & Penyelaras,
Pegawai JKMM (Bhg. Kanak-kanak) (Bersara)
Pengalaman kerja selama 39 tahun di JKMM.
2. Puan Norhaizan binti Omar Bachelor of Laws Univ. Northumbria Newcastle UK, CLP, Masters of Laws, Universiti Malaya.
Pengamal undang2 Firma Guaman Ghazi & Lim
3. Tuan Hj Omar bin Yusof Pegawai PTD (Bersara)
Pengalaman kerja selama 36 tahun di syarikat swasta dan di beberapa Kementerian/Jabatan khususnya di MITI, Bhg. Industri & Iks MITI.
TENAGA JURULATIH/PENSYARAH
- Puan Hjh Salimah binti Abd Hamid, Ijazah Soc. Sc (SDA) USM 1983, lulus Kursus Jurulatih (TOT), Kursus Penyelaras anjuran PPBM, mantan Pengurus Kompleks Penyayang Bakti Sg Buluh,
- Puan Nor Aeshah binti Abdullah - Ijazah Sosial Sains, Sijil KAAK & Sijil Jurulatih Asuhan Kanak-Kanak, pengalaman selama 22 tahun.
- Puan Zubaidah binti Md Adanam - Sijil KAAK & Sijil Jurulatih Asuhan Kanak-Kanak, pengalaman selama 8 tahun
- Hjh Hasnah binti Embi- Sijil KAAK, Sijil Jurulatih Asuhan Kanak-Kanak, 18 tahun
- Hjh Suryati binti Jaafar- Diploma in Islamic Studies, Sijil KAAK & Sijil Jurulatih Asuhan Kanak-Kanak, pengalaman selama 10 tahun
- Hjh Lizara binti Ahmad Razali- Sijil KAAK & Sijil Jurulatih Asuhan Kanak-Kanak, pengalaman selama 15 tahun
- Puan Chang Yoke Choo- Bachelor of Arts (Edu.), Sijil KAAK and Sijil Jurulatih Asuhan Kanak-Kanak, pengalaman selama 17 tahun
- Hjh Aishah binti Hashim, Master dlm Early Childhood, Sijil KAAK dan TOT, pengalaman selama lebih 20 tahun
- Puan Ooi Yoke Lian- Diploma in Educational Studies, Sijil KAAK & Sijil Jurulatih Asuhan Kanak-Kanak, pengalaman selama 10 tahun
- Puan Yong Yoon Kum - Ijazah dlm Asuhan Kanak-Kanak, Sijil KAAK & Sijil Jurulatih Asuhan Kanak-Kanak, pengalaman selama 10 tahun
- Hjh Musalmah binti Muhamad- Sijil KAAK & Sijil Jurulatih Asuhan Kanak-Kanak, pengalaman selama 5 tahun
Jurulatih dan pemudahcara yang disenaraikan di atas telah mendapat pengiktirafan JKMM untuk menjalankan Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak bagi pihak JKMM.
Setiap peserta kursus asas asuhan kanak-kanak yang lulus ujian bertulis anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat diberikan Sijil KAAK.
Perhubungan dengan setiap orang jurulatih adalah secara on-call atau berasaskan kursus yang dapat dijalankan bagi satu-satu tempuh selama 15 hari untuk KAAK hari berkerja Isnin - Jumaat atau 7 minggu untuk KAAK hujung minggu Sabtu dan Ahad. Bayaran elaun yang diberikan kepada setiap orang jurulatih adalah berasaskan jumlah jam yang terlibat.
Semasa Kursus peserta diberikan Ujian Amali mengenai setiap aspek asuhan kanak-kanak melibatkan tempuh kursus selama 103 jam atau 15 hari semuanya.
Latihan Amali bagi peserta-peserta Kursus Asas Asuhan Kanak (KAAK) dijalankan selama 3 hari di TASKA-TASKA yang telah mendapat lesen JKMM.
PENGALAMAN SYARIKAT
Syarikat telah menjalankan sebanyak 39 Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak, 3 bengkel dan satu Kursus Tenaga Pengajar Coach SLDN Khas melibatkan seramai 889 orang untuk Kursus KAAK, 20 peserta Kursus Coach SLDN Khas, dan 76 bengkel jangka pendek. Berikut adalah sebahagian daripada Kursus yg tellah dijalankan.
- Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak di Bandar Baru Bangi 27 April-19 Mei 2009.
- Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak di Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Batu 4 Jalan Cheras, Kuala Lumpur daripada 27 April hingga 18 Mei 2009.
- Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak, drp 23 Mei hingga 12 Julai, 2009 di Pusat Latihan Vonad, Hentian Bas Kajang, Kajang Selangor.
- Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak di PUTRAJAYA pada 20 Jun - 16 Ogos 2009.
- Bengkel Bahan Kos Rendah pada 21 Jun, 2009 di Pusat Latihan Vonad.
- Kursus Asas di Pusat Latihan Vonad pada 27 Jun -16 Ogos 2009.
- Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah Kuantan Pahang daripada 20 Julai hingga 7 ogos 2009.
- Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak di Seremban 2 pada 7 Julai - 4 Ogos 2009.
- Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak di Seremban 2 pada 5 Ogos - 8 September 2009.
- Kursus Asas di Pusat Latihan Vonad di Pusat Latihan Vonad 5 – 23 Oktober, 2009.
- Kursus Tenaga Pengajar – Coach SLDN Khas di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua tahun 2009 dari 29 Oktober hingga 7 November 2009 di Hotel Vistana Kuala Lumpur.
- Kursus Asas di Pusat Latihan Vonad di Pusat Latihan Vonad 10 Okt -19 Nov 2009.
- Bengkel Pertolongan Cemas pada 24 Oktober 2009, di Pusat Latihan Vonad.
- Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak di Seremban 2 pada 16 November - 8 Disember 2009.
- Bengkel Pertolongan Cemas pada 24 November 2009, di Pusat Latihan Vonad.
- Kursus Asas di Pusat Latihan Vonad di Pusat Latihan Vonad 5 Disember 2009 – 6 Mac, 2010 .
- Kursus Asas di Pusat Latihan Vonad di Pusat Latihan Vonad 7 – 30 Disember 2009.
- Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak ke 25, 26 dan 27 sedang berjalan di Hentian Kajang, Butterworth.
- Kursus ke 28 telah dijalankan pada hujung minggu di Jabatan Perdana Menteri Putrajaya melibatkan seramai 42 peserta 21 daripadanya daripada Taska dan Tadika JPM dan 21 orang lagi daripada kawasan sekitar Putrajaya.
- Kursus ke 29 telah dijalankan di Hentian Kajang bermula pada 15 Januari dan tamat pada 19 Februari 2011.
- Kursus KAAK ke 30 sedang dijalankan di Hentian Kajang. Kursus ini dimulakan pada 26 Fenruari 2011 dan akan tamat pada 10 April 2011. Kursus ini adalah yang pertama masuk sistem portal http://ezi2care.gov.my anjuran JKM
- Kursus KAAK ke 31 akan bermula pada 9 April 2011 dan tamat pada 15 Mei 2011, ianya melibatkan lebih 20 peserta.
- Kursus KAAK Bil 34 sedang berjalan di Hentian Kajang dan akan tamat pada 23 Oktober 2011.
- Kursus KAAK Bil 35 akan bermula pada 29 Oktober 2011. Setakat ini seramai 40 peserta telah mengesahan pendaftaran mereka dalam kursus ini.
Selain mempunyai ramai jurulatih dan penceramah yang berpengalaman lama dalam bidang asuhan kanak-kanak, Vonad juga menyediakan kemudahan-kemudahan yang lengkap untuk menjalankan Kursus Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) yang membolehkan TASKA mendapat Lesen TASKA dan lain-lain kemudahan yang berkaitan.
Senarai Kemudahan Pusat Latihan Vonad di No 5A Jalan Hentian 3, Hentian Kajang, Jalan Reko, 43000 Kajang:
1. Bilik Kuliah sebanyak 2 buah untuk 40 peserta sebuah bilik
2. Kerusi meja yang mencukup
3. Alat pandang dengar (APD): komputer, projekter, CD Player, Radio
4. Bilik kuliah berhawa dingin
5. Bilik tidur untuk peserta out-station pada kadar yang minima
6. Makan dan minum boleh disediakan atas pesanan dan bayaran
LOKASI PUSAT LATIHAN
Lokasi Pusat Latihan Vonad di Hentian Bas Kajang, Jalan Reko, agak strategik kepada Taska kerana ianya mempunyai pelbagai kemudahan pengangkutan :
1. Kemudahan Terminal Bas bagi Daerah Hulu Langat dan kawasan sekitarnya
2. Hentian Kommuter 2.5 km di UKM
3. 3 Km drp UKM dan 4 Km daripada Bandar Kajang
4. Kemudahan Pejabat-Pejabat Pendaftaran Negara, Imigresen Pos, Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan Daerah Hulu Langat, Pejabat Pergigian, JPJ
5. Berdekatan Kemudahan Bank Perdagangan di Bandar Baru Bangi (berdekatan)


