Please update your Flash Player to view content.
 QUBER - get it free
Anda di : Laman Utama

Berita Vonad

21 NOV -12 DIS 2011 : KURSUS ASAS ASUHAN KANAK-KANAK DI PUSAT LATIHAN VONAD DI HENTIAN KAJANG

21 NOV 2011 KURSUS KAAK DI VONAD HENTIAN KAJANG

Kursus KAAK di Sepang terpaksa di batalkan kerana pengusaha-pengusaha Taska di Daerah Sepang kurang berminat  untuk melesenkan taska mereka walaupun sudah lama beroperasi. JKM juga didapati sudah berusaha untuk menguatkuasakan Akta dan Peraturan Taska 1984 tetapi kurang mendapat sambutan pengusaha-pengusaha Taska.

Dengan begitu banyak projek-projek taska mempunyai ramai pengasuh dan penyelia tidak mengikuti Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak menjadikan taska-taska berkenaan sebagai tempat yang berisiko tinggi untuk ibu bapa menghantar anak-anak kecil mendapat perlindungan dan penjagaan serta asuhan yang diperlukan.

Hanya apabila berlaku satu-satu kejadian seperti kematian kerana tercekik atau lemas susu atau kemalangan, barulah pihak Berkuasa mengambil tindakan yang diperlukan di bawah Akta Taska 1984. Ini satu tindakan yang kurang bijak kerana ianya mencerminkan ketidak keupayaan pihak Kerajaan melaksanakan SOP asas melaksanakan projek.

Agensi Vonad (Malaysia) Sdn Bhd sudah masuk tahun ketiga menjalankan KAAK melibatkan lebih 1,000 peserta. Berasaskan pengalaman ini, Vonad mendapati sebab utama taska enggan menghantar pengasuh mengikuti kursus KAAK ialah kerana terdapat kekurangan meruncing bilangan pekerja (pengasuh) dalam sektor childcare. Ianya juga kerana terdapat larangan tidak dibenarkan menggunakan pengasuh-pengasuh daripada negara lain.

Sedangkan di rumah-rumah golongan menengah kita semakin ramai pengasuh rakyat asing dari pelbagai negara terus dibawa masuk ke negara ini. Bagi keluarga yang mampu membayar levi dan pelbagai belanja mengupah agen, mudahlah mengatasi masalah mencari pembantu rumah yang diperlukan.

Sejak beberapa dekad yang lepas, sektor perkilangan dan perladangan dibenarkan membawa masuk ramai pekerja asing. Dengan adanya pekerja-pekerja asing, sektor perkilangan dan perladangan berupaya meluaskan aktiviti pengerluaran.

Sektor rumah tangga yang dianggap kurang penting menghadapi pelbagai masalah untuk mendapatkan pembantu rumah rakyar asing. Sementara itu, bisnes taska atau penjagaan kanak-kanak yang menjadi keutamaan ribuan keluarga yang bekerja sepenuhmasa terus menghadapi halangan dan rintangan untuk mendapatkan pengasuh yang cukup.

Jabatan Kebajian Masyarakat yang bertanggungjawab ke atas taska telah meluluskan syarat nisbah pengasuh dan kanak-kanak 1 pengasuh bagi 3 orang kanak-kanak. Bagi taska milik bukan Bumiputera nisbah tersebut tidak menjadi masalah dapat dipenuhi kerana yuran bulan di taska milik bukan Bumiputra purata sekali ganda lebih tinggi daripada yuran taska milik Bumiputera. Misalnya taska bukan Bumiputera mengenakan yuran bulanan RM500 hingga 750 bagi seorang kanak-kanak yuran di taska milik Bumiputera hanya sebanyak RM300-350 sahaja sebulan. Gaji seorang pengasuh ditaska bukan Bumiputera biasanya RM1,000 -1,200 sebulan di taska Bumiputera hanya sbanyak RM600-700 sahaja sebulan. Oleh kerana hakikat gaji dan ganjaran yang rendah, kebanyakan pengasuh taska berkerja secara sementara dan jarang yg boleh bertahan selama 2 tahun. Jadi apabila nisbah 1 : 3 kanak-kanak ini dikuatkuasakan, ramai ibu bapa yang tidak mendapat tempat di taska kerana taska akan mengurangkan bilangan pengambilan kanak-kanak yang masih bayi.

Dalam masa yang sama ibu bapa berkenaan tidak mampu untuk membawa masuk pembantu rumah asing kerana levi yang tinggi yang sedang dikenakan. Dan, hari ini JKM tidak membenarkan penggunaan pekerja asing di taska. Sudah sampai masanya dasar menyekat pekerja asing bekerja dalam taska dihentikan. Dasar ini adalah selaras dengan dasar membenarkan pembantu rumah asing masuk mulai Disember ini.

Dengan perubahan dasar ini pembantu rumah rakyat asing boleh bekerja di taska dan ini akan dapat mengurangkan kos operasi taska yang meningkat apabila nisbah pengasuh dan kanak-kanak yg baru dikuakuasakan.

 

KURSUS ASAS ASUHAN KANAK-KANAK

3 DIS-15 JAN 2012 (15 HARI SAHAJA): KURSUS ASAS ASUHAN KANAK-KANAK (KAAK) PUSAT LATIHAN VONAD HENTIAN KAJANG


Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) separuh masa akan diadakan bermula pada 3 Dis dan tamat pada 15 Jan 2012 di Pusat Latihan Vonad di Hentian Kajang Off Jalan Reko, Kajang. Kursus ini diwajibkan kpd semua pengusaha, penyelia dan pengasuh Taska.

Yuran kursus kini ialah RM600 seorang, tetapi peserta hanya perlu membayar hanya RM300 sahaja.

Kandungan kursus padat dengan semua aspek modul perkembangan menyeluruh kanak-kanak khususnya dari aspek fizikal, bahasa, kognitif dan sosio-emosi. Juga aspek-aspek lain termasuk nyanyian, hubungan dengan ibu bapa, peranan pengasuh, persekitaran luar dan dalam taska, bahan-bahan kos rendah, aspek kreativiti dan pergerakan kreatif.

Agensi-agensi teknikal turut sama memberikan ceramah dan tunjuk ajar untuk memudahkan pengusaha memohon kelulusan lesen dan pendaftaran projek taska daripada pihak Kerajaan.

Bagi memudahkan anda menyertai kursus ini sila hubungi:

1. Pejabat Vonad di talian 03-87374275 atau website vonad  iaitu

2. Hubungi Pengurusan Vonad di talian 012-3220326 atau 012-2902658

3. Gunakan email staf Vonad iaitu Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya atau Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

Sayugia diingatkan, peserta yg berjaya mengikuti kursus ini hingga tamat pada15 Jan 2012 berpeluang menduduki Ujian Bertulis KAAK pada bulan Febuari 2012. Ujian ini diseliakan oleh pegawai JKM yang ditugaskan ke Pusat Peperiksaan berkenaan.

 

   

27 NOVEMBER 2011 : KURSUS WAJIB : PENGENDALIAN PEMAKANAN DI HENTIAN KAJANG OFF JLN REKO

KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN DI HENTIAN KAJANG PADA 27 NOVEMBER 2011

Semua pengusaha termasuk pengusaha dan pekerja gerai, kedai makan, restoren, hotel, taska dan tadika serta pusat jagaan dan lain-lain premis yg terlibat dengan penyediaan makanan, adalah DIWAJIBKAN mengikuti kursus pengendalian makanan. Tanpa hadir kursus ini semua premis perniagaan tidak akan mendapat lesen daripada Pihak Berkuasa Tempatan.

Sila hubungi Urusetia Kursus di talian 03-87374275 atau HP : 012-3220326 bagi mengesahkan penyertaan anda. Atau klik http://www.vonad.com.my untuk tempah secara on-line kursus ini.

Untuk mengesahkan mendapat tempat bagi menyertai kursus ini sila bank-in RM50.00 ke akaun vonad di CIMB Bank no akaun 14230002926052 atau 12370001363106.

 

17 & 18 DISEMBER 2011 : KURSUS BIZ TADIKA TASKA DI PUSAT LATIHAN VONAD HENTIAN KAJANG

Kursus Biz Tadika Taska anjuran agensi Latihan Vonad akan bermula pada 17 Disember 2011 ini. Setiap Peserta berpeluang mendapatkan panduan dan tips yg betul bagi memulakan projek tadika atau taska atau kedua-duanya sekali.

Pelbagai aspek perancangan dan pelaksanaan projek dijelaskan dan dibincangkan bersama dengan panduan dan tunjuk ajar oleh jurulatih dan penceramah Vonad berasaskan pengalaman hands on mereka melaksanakan dengan jayanya projek-projek taska dan tadika Vonad di Putrajaya dan di Bandar Baru Bangi.

Yang penting ialah  setiap peserta mendapat panduan bagi membuat keputusan melabur, merancang dan melaksanakan projek, kos yg terlibat, bagaimana mengurangkan kos pra-operasi dan kaedah mengelak perbelanjaan tertentu bagi memanjangkan jangka hayat awal projek. Banyak kos dan perbelanjaan yg tidak perlu boleh dielakkan.

Membeli atau menjadi franchisee bagi jenama tertentu nampaknya mudah tetapi kita harus berhati-hati kerana kos bayaran fi yg dikenakan mungkin terlalu mahal.

Setiap peserta dibekalkan dengan CD yang mengandungi kertas kerja projek, borang-borang permohonan, borang pendaftaran kanak-kanak dan perjanjian dengan ibu bapa, termasuk dokumen-dokumen lesen dan pendaftaran projek-projek taska dan tadika Vonad. Di masa hadapan CD berkenaan mungkin akan dikenakan bayaran kerana isi kandungannya yang berguna sebagai panduan menyiapkan dengan betul permohonan rasmi bagi mendapatkan kelulusan Pihak Berkuasa Jabatan Pelajaran dan JKM.

Bagi menyertai kursus ini sila klik lamanweb , dan klik pada perkataan TEMPAH serta ikut arahan yg diberikan dalam laman web kecil seteruanya.

Bakal peserta boleh juga membuat tempahan dengan membuat panggilan ke pejabat Vonad di talian 03-87374275 atau HP:012-3220326 atau 012-2902658 atau email Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya atau buat bayaran terus ke akaun CIMB bank No akaun 14230002926052 atau 12370001363106 dan sila simpan resit bank-in berkenaan untuk rekod semasa pendaftaran pada 17 Disember 2011 nanti.

   

Waktu

Ulti Clocks content

Senarai Kursus Terkini

11 FEB - 18 MAC 2012: Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak
Begin: 11-02-2012, 08:00
End: 18-03-2012, 17:00
Closing date: 09-02-2012, 12:00
Free spaces: 40

20 Feb - 9 Mac 2012 : Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak di Temerloh, Pahang
Begin: 20-02-2012, 08:00
End: 09-03-2012, 17:00
Closing date: 15-02-2012, 12:00
Free spaces: 40

3 MAC - 8 APR 2012 : Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak Hentian Kajang, Selangor
Begin: 03-03-2012, 08:00
End: 08-04-2012, 17:00
Closing date: 01-03-2012, 12:00
Free spaces: 40

12-30 Mac 2012 : Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak di Kuala Lipis, Pahang
Begin: 12-03-2012, 08:00
End: 30-03-2012, 17:00
Closing date: 15-02-2012, 12:00
Free spaces: 40


more ...