Dapatkan kursus yang terbaik

03 8737 4275

Tadika Vonad di Blok B, Presint 15-12A Putrajaya telah mula beroperasi sejak awal tahun 2011. Tadika ini terletak di sebelah Taska Vonad di bangunan yang sama. Bisnes Tadika Vonad telah berkembang ke beberapa lokasi termasuk di Presint 16 Putrajaya, Presint 9 Putrajaya, Presint 18 Putrajaya, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, Seksyen 8 Bandar Baru Bangi dan Kajang Impiana, Kajang. Tadika Vonad terbuka kepada ibu bapa yang serius dengan pembelajaran berkualiti anak-anak di Tadika-Tadika Vonad yang berdaftar dengan KPM.

Pengasas Utama Tadika Vonad adalah pasangan Pn. Hjh Salimah Abd Hamid dan Tn. Hj. Omar bin Yusof. Pn. Hjh Salimah telah berkhidmat di Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia selama 38 tahun. Beliau  terlibat dengan Institusi-Institusi Kanak-Kanak JKM di bawah Bahagian Kanak-kanak. Beliau juga pernah menjadi penasihat Mahkamah Kanak-Kanak Kuala Lumpur selama 2 tahun di mana isu-isu salah laku kanak-kanak sering dibicarakan. Selain memiliki Ijazah beliau juga lulus Kursus-Kursus tentang Pendidikan dan Asuhan Kanak-kanak  Beliau telah menubuhkan sebuah Pusat Latihan Vonad di Hentian Kajang pada awal tahun 2009 bagi menganjurkan Kursus Asuhan Awal Kanak-Kanak (KAAK) dan mulai tahun 2013 Kursus Asuhan PERMATA. Penyertaan terbuka kepada semua pengusaha dan staf taska daripada seluruh negara.

Dengan adanya Pusat Latihan ini, semua pengasuh pendidik di Tadika Vonad kini diwajibkan hadir dan lulus. Kursus KSPK dan CEFR juga dijalankan di sini bagi meningkatkan standard pengajaran dan pembelajaran guru-guru di Tadika Vonad. Dengan cara ini juga kualiti pembelajaran kanak-kanak di Tadika-tadika Vonad dapat dijaga dan diteruskan supaya semua pekerja Tadika Vonad dapat menjalankan aktiviti pembelajaran selari dengan misi Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

 

Manakala, Tn. Hj Omar bin Yusof selain mempunyai Ijazah, berpengalaman bekerja sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik iaitu sebagai Pengarah IKS, di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Unit Penyertaan Bumiputera Jabatan Perdana Menteri Cawangan Pulau Pinang dan PERDA dan mulai tahun 1994 menjadi Usahawan PUNB selama 10 tahun membuka kilang elektrokik PCBA. Atas pengalaman beliau yang luas, beliau telah dapat membantu mengendalikan pusat latihan Vonad dan seterusnya meluaskan operasi Pusat Latihan selain mengembangkan lagi kawasan operasi projek-projek Taska Vonad dan Tadika Vonad.

"Vonad menyediakan ruang latihan 
yang luas dan selesa" - En Azizul

 

testimonial 2

"Tenaga Pengajar yang mahir dalam bidang masing-masing." - Cik Erina

Tentang Kami

 

Vonad Sdn Bhd berpangkalan di Malaysia, dengan ber-ibu pejabat di Kajang. Syarikat ini beroperasi dalam sektor Perkhidmatan Pendidikan. Syarikat ini ditubuhkan pada 19 September 1994.

Hubungi Kami

Alamat:
Tadika Vonad (M) Sdn Bhd
No 5A, Jalan Hentian 3,
Hentian Bas Kajang, Off Jalan Reko,
43000 Kajang, Selangor, Malaysia

Emel: sales@vonad.com.my

Tel: +603 8737 4275

 

 

Pengusaha produk berasaskan makanan adalah dituntut oleh undang-undang untuk melengkapi pengendali-pengendali makanan yang bekerja dengan mereka dengan pengawasan yang sewajarnya dan latihan dalam pengendalian makanan selaras dengan jenis pekerjaan mereka dan memastikan mereka mampu mengamalkan sistem keselamatan makanan..

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat. Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper.